Friday 13 July 2012

TRANSFER DATA USING TOPCON LINK V8.

Nota: Terdapat pelbagai perisian di pasaran dan boleh digunakan untuk pindah data, sebagai contoh macam T-COM, CDS, dan sebagainya..... Yang ini salah satu cara nak pindah data daripada alat ke PC (Personal Computer) menggunakan Topcon Link V8. Jadi, "check it out ..!"

Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Topcon GTS-230N (bergantung apa jenis model yang digunakan)
  • Topcon Link V8
  • Cable Topcon
  • PC Window 7 64-bit (pilihan)

Langkah 1:
  • Buka Topcon Link V8. Klik File > Import from Device... seperti rajah di bawah.


Langkah 2:

  • Pilih Topcon Total Station, "double click" Add New Station seperti rajah di bawah. Kemudian, Name: tukar kepada GTS-230N, Model: pilih GPT-2000. Settle! Tekan tab Advanced. (Kali ini kita nak set parameter komunikasi alat tu pulak. Salah set keluar "warning". Okeh, "follow" Langkah 3 "and so on").



Langkah 3:
  • Pergi pada alat total station, ON dulu alat apa2 pun. Kemudian tekan Menu > Memory Manager >  Data Transfer > GTS Format > Comm. Parameter . Jadi, setiap item dalam Comm. Parameter perlu dipastikan diset guna parameter apa, pastikan sama dengan alat total station, boleh rujuk seperti rajah di bawah. Den terang "simple" je la ye...






Langkah 4:
  • Dah semak, sama dah dengan alat, kemudian kita klik OK. Kemudian "double click" pada GTS-230N, akan keluarlah seperti rajah bawah.



  • Kemudian kita "create folder" baru. Letak dalam direktori senang nak capai. Lepas itu, klik file.txt kemudian tekan butang anak panah kanan >> macam gambar di atas. Lepas itu, akan keluarlah tetingkap seperti rajah di bawah. Kemudian klik Start.



Langkah 5:
  • Pergi pada alat total station, pilih Send Data > Measure Data, kemudian pilih "File" kerja kita nak "transfer" tu, pilih Enter kemudian Yes, boleh rujuk seperti rajah di bawah. Okeh... Siaaapppp "transfer"...!





Langkah 6:
  • Sekarang ini, kita nak tukar file.txt kepada raw data untuk kita guna dalam CDS. Klik File > Convert Files..., kemudian klik butang Add Files dalam folder kita buat tadi. Kemudian klik Destination Folder pilih folder baru kita buat tadi untuk "file" kita nak simpan nanti. Lepas itu, Destination Format, pilih Topcon FC-5  TS Obs (*.raw, *.dat, *.fc5). Kemudian tekan Convert. Boleh rujuk seperti rajah dibawah....





Siapppp! Dapat *.raw data boleh buka dalam CDS..... WALA!